Saturday, September 18, 2021

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH MENJAMIN KECEMERLANGAN ANDA

 


Untuk memastikan anda telah menguasai pelajaran kimia SPM, anda perlu diuji. Untuk itu cuba jawab soalan yang disediakan. Jika ada masalah, anda boleh hubungi saya ya.

Laman ini akan sentiasa dikemaskini. Untuk itu anda dijemput untuk sentiasa melayarinya.

Anda digalakkan mencuba berulangkali setiap set soalan yang diberikan.

Sila klik : Soalan Bab 1&2,  Soalan Bab 3Soalan Bab 4, Bab 5, Soalan Bab 6_Garam, Bab 7, Bab 8

Sila klik : Soalan Bab 9, Bab 10, Bab 11, Bab 12 dan Bab 13

Anda akan jadi lebih banyak masa menyelesaikan masalah bersama guru jika mengamalkan pendekatan pembelajaran Flipped Classroom (Kelas Berbalik). Mari ketahui serba sedikit mengenai Flipped Classroom (Kelas Berbalik).


Contoh penyelesaian Termokimia



Jika letih dengarlah zikrullah ini..



SIFIR KIMIA

 

Ingat lagi tak peristiwa belajar matematik semasa kecil dahulu??

Kita sering dipaksa untuk menghafal sifir matematik.

Mengapa?? Untuk memudahkan kita menjawab soalan matematik lah kan?

Untuk itu hari ini saya memperkenalkan kepada anda SIFIR KIMIA untuk memudahkan anda menyelesaikan masalah numerikal kimia.

Sila klik pada contoh penyelesaian masalah yang melibatkan sifir kimia ini.

Sifir mol ☝☝


Sifir ion ☝☝

Sifir Kemolaran ☝☝


Sifir Peneutralan ☝☝


Sifir Haba ☝☝

Berikut saya lampirkan sifir berkaitan dengan garam









MOGA SIFIR KIMIA INI MEMBANTU ANDA YA...
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA...

Perkembangan Model Atom


Zarah subatom


Zarah subatom


Setiap atom terdiri daripada 3 jenis zarah subatom iaitu proton, neutron dan elektron.
 

Perkembangan Model Struktur Atom

 

John Dalton
(1766 - 1844)
 • Jirim terdiri daripada zarah yang dipanggil
atom.
• Atom ialah jasad berbentuk sfera yang
kecil dan tidak boleh dicipta, dimusnahkan
atau dibahagi lagi.
• Unsur yang sama mempunyai atom yang sama.

Model Atom Dalton

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Friday, September 17, 2021

Konsep Asas Jirim


Jirim ialah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.

Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.


Perubahan Keadaan Jirim

Keadaan jirim boleh berubah sama ada daripada:
a. pepejal kepada cecair 
b. cecair kepada pepejal 
c. cecair kepada gas 
d. gas kepada cecair
e. pepejal kepada gas
e. gas kepada pepejal

Saling perubahan antara keadaan jirim akan melibatkan sama ada proses penyerapan atau pembebasan haba.

Tenaga haba diserap apabila keadaan jirim bertukar daripada

a. pepejal kepada cecair 
b. cecair kepada gas 
c. pepejal kepada gas

Tenaga haba dibebaskan apabila keadaan jirim bertukar daripada
a. cecair kepada pepejal 
b. gas kepada cecair 
c. gas kepada pepejal

Saling perubahan antara keadaan jirim

 Pepejal 

Cecair 

Gas 

 • Zarah disusun secara

padat dan teratur.
• Tenaga kinetik zarah
adalah rendah.
• Daya tarikan antara
zarah adalah kuat.

 • Zarah disusun secara

padat tetapi tidak teratur.
• Tenaga kinetik zarah
lebih tinggi daripada
keadaan pepejal.
• Daya tarikan antara
zarah adalah kuat, tetapi
kurang daripada pepejal.

• Zarah berjauhan antara

satu sama lain.
• Tenaga kinetik zarah
adalah sangat tinggi.
• Daya tarikan antara
zarah adalah lemah.


Takat Lebur dan Takat Beku Bahan

• Takat lebur ialah suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu.

• Takat beku ialah suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan cecair menjadi pepejal pada tekanan tertentu.

Lengkung pemanasan naftalena, C10H8


Lengkung penyejukan naftalena, C10H8




KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH MENJAMIN KECEMERLANGAN ANDA

  Untuk memastikan anda telah menguasai pelajaran kimia SPM, anda perlu diuji. Untuk itu cuba jawab soalan yang disediakan. Jika ada masalah...